MEKAR Siri 20: DSP 84 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR Siri 20: DSP 84

MEKAR Siri 20: DSP 84

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 24 SeptemberProgram Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 20: Alumni Diploma Sains Pendidikan 1984 (DSP84) telah berjaya dilaksanakan.

Penganjuran program ini antara lain ingin merapatkan kembali hubungan yang terbina semasa zaman pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), selain mengenang saat-saat indah bersama ketika pengajian. Program dimulakan dengan pertemuan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM. Para alumni disambut dengan penuh mesra sebelum dibawa menelusuri Kampus UPM untuk mengimbas kembali kenangan lama serta melihat transformasi yang telah dilalui oleh alma mater.

Pada kesempatan ini, Chapter Alumni DSP 84 telah dilancarkan oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Penubuhan chapter ini bertujuan menghubungkan alumni dan menggalakkan sumbangan mereka kepada pembangunan universiti.

Program ini akan terus berlangsung di Majlis Makan Malam Perdana di Hotel Tenera, Bangi. Majlis Makan Malam Perdana Alumni Diploma Sains Pendidikan 1984 (DSP 84) yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pada 24 September 2024, menandakan kejayaan Program MEKAR Siri 20: Alumni DSP 84. Program ini mengukuhkan ikatan persahabatan dan menyemai kenangan indah bagi rakan seperjuangan.

 

Majlis Makan Malam Perdana yang diadakan di Hotel Tenera menjadi kemuncak acara. Para alumni bukan sahaja menikmati jamuan, tetapi turut berkongsi pengalaman serta mengimbau kenangan lama. Sesi ramah mesra tersebut memperkukuhkan lagi ikatan persahabatan, menjadikan malam itu kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

ARCUPM merakamkan penghargaan kepada alumni DSP 84 atas kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan untuk menjayakan program ini. Komitmen dan semangat kekitaan yang ditunjukkan menjadi simbol kejayaan program ini. Semoga hubungan antara alumni dan alma mater terus terjalin erat, membawa manfaat kepada semua pihak serta menjadi contoh kepada generasi alumni akan datang.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:15:08am-09:20:08am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]