MEKAR SIRI 17: KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1971 DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR SIRI 17: KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1971 DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS UPM

MEKAR SIRI 17: KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1971 DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS UPM

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 12 November - Program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) kembali lagi untuk alumni Kolej Pertanian Malaya 1971 (KPM 71) serta Sambutan Jubli Emas UPM. Program ini adalah kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama Dr. Mohd Khanif Yusof dan Dr. Zaitun Md Yasin, masing-masing alumni kelas 1971. 

Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya pada 12 November 2023 bertempat di Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, program ini berjaya diadakan dengan jaya dan lancarnya. Dengan kehadiran lebih 50 alumni memeriahkan lagi program perjumpaan semula tersebut. 

Turut hadir Pro Canselor UPM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ir. Muhammad Zohadie Bardaie (Alumni kelas 1971) dan Pengasas Brahim’s Group, Dato’ Seri Ibrahim Haji Ahmad Badawi (Alumni kelas 1971). 

“Alhamdulillah program berjalan lancar dan saya tidak dapat menggambarkan rasa gembira dengan program perjumpaan semula ini”, kata Dr. Zaitun Md Yasin Alumni kelas 1971 selaku penganjur program ini bersama ARCUPM. Beliau turut bercadang mengumpulkan alumni dari kelas lain untuk menyertai program ini dengan kerjasama dari ARCUPM pada masa akan datang.

 

ARCUPM diwakili oleh Puan Aida Fitri Peli selaku Pegawai Tadbir ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Pusat Perhubungan Alumni UPM menguruskan program perjumpaan semula ini. 

ARCUPM turut mengalu-alukan pada alumni yang ingin kembali menyumbang mahupun melakukan perjumpaan dengan rakan-rakan lama di UPM. Kehadiran dan ‘kepulangan’ alumni ini akan memberi banyak manfaat kepada Universiti dan pelajar.

Tarikh Input: 17/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcTAd~