MEKAR LEBARAN UPM DULU-DULU | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR LEBARAN UPM DULU-DULU

MEKAR LEBARAN UPM DULU-DULU

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan


 

SERDANG, 10 Jan – Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa bagi program Menggamit Kenangan Alumni Reuinon (MEKAR) Lebaran UPM Dulu-dulu telah diadakan di bilik Mesyuarat Warisan Menara Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Perjumpaan kali pertama ini adalah untuk merangka gerak kerja bagi melancarkan perjalanan Program Lebaran UPM Dulu-dulu yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun 2023. Perjumpaan yang dihadiri oleh Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM dan Encik Shahrudin Mahadi wakil daripada UPM Dulu-dulu yang juga alumni UPM tahun 1992.

Pendekatan yang diambil oleh ARCUPM dengan mengadakan pelbagai program turut melibatsamakan alumni untuk kelangsungan universiti dilihat membawa manfaat kepada pelajar dan juga Universiti. Bagi tahun 2022, program MEKAR KPM 72 misalnya, telah membawa pulang alumni KPM 72 ke kampus hijau UPM seramai 100 orang dengan nilai sumbangan melebihi RM50,000.

Program yang dijalankan ini secara langsung dapat menghubungkan semula alumni dan Universiti dan sekaligus dapat menyalurkan bantuan dan sumbangan yang amat diperlukan oleh pelajar. Selain itu, ‘kepulangan’ alumni ke alma mater juga dialu-alukan untuk sama-sama memberikan sumbang saran yang sama-sama boleh memacu kecemerlangan Universiti.

 

Pada pertemuan itu juga turut dilakukan penyerahan lukisan Batik Canting yang telah dibeli oleh Shahrudin Mahadi dalam sama-sama menyumbang kepada berjayanya pewujudan Biasiswa 2 Generasi.

ARCUPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang bersama-sama dalam menjayakan setiap program yang dijalankan. Dengan semangat ‘daripada alumni kepada UPM’ dan kini diteruskan dengan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ diharapkan UPM akan terus kehadapan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga pencapaian lain yang dapat membanggakan seluruh warga UPM.  

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 27/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaNAT~