MALAM TAUTAN NOSTALGIA ALUMNI (MATNA) SIRI 2: ALUMNI KIJANG EMAS | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MALAM TAUTAN NOSTALGIA ALUMNI (MATNA) SIRI 2: ALUMNI KIJANG EMAS

MALAM TAUTAN NOSTALGIA ALUMNI (MATNA) SIRI 2: ALUMNI KIJANG EMAS

Oleh:  Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 

Disunting oleh: Suziana Che Wil 

SERDANG, 15 Nov – Malam Tautan Nostalgia Alumni (MATNA) Siri 2: Alumni Kijang Emas telah berlangsung dengan penuh meriah di Menara Putra Warisan Budi. Program ini merupakan kesinambungan daripada MATNA Siri 1 yang mengetengahkan elemen Malam Puisi dan turut menerima sambutan baik daripada pihak universiti, alumni serta para pelajar. MATNA turut menjadi antara acara yang dianjurkan bagi mempromosikan Menara Putra Warisan Budi.

MATNA Siri 2: Alumni Kijang Emas yang dirancang hampir tiga bulan ini diserikan dengan kehadiran para pelajar dan alumni yang ingin bersama-sama menghayati keindahan seni budaya Dikir Barat dan Wayang Kulit, yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur.

Penganjuran ini juga bertujuan menghidupkan kembali pelbagai seni budaya warisan Malaysia. Melalui program ini, ukhuwah dan silaturahim antara universiti, pelajar dan alumni dapat dieratkan lagi.

Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, antara yang hadir ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar merangkap penasihat Kumpulan Dikir Barat DNAIM (Alumni kelas 2000), Encik Wan Zaharuddin Wan Abdullah; Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (Alumni kelas 1998 & 2010), Encik Fahmi Azar Mistar; Presiden Persatuan Alumni UPM (Alumni kelas 1999 & 2004), Encik Norashedy Ab Rashid; Timbalan Presiden Persatuan Alumni UPM (Alumni kelas 1992), Encik Shahrudin Mahadi; serta Mantan Pengurus Persatuan Alumni UPM yang juga Alumni Kijang Emas (Alumni kelas 1978, 1984 & 1998), Tuan Haji Wan Ali Wan Ab Rahman.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Alumni UPM dan Alumni Kijang Emas yang telah bersama-sama menjayakan MATNA Siri 2: Alumni Kijang Emas.

Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 15/01/2026 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
F, (07:24:37pm-07:29:37pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]