MALAM PUISI ALUMNI 2025 SEMARAKKAN SENI, BUDAYA DAN KASIH ALUMNI PUTRA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MALAM PUISI ALUMNI 2025 SEMARAKKAN SENI, BUDAYA DAN KASIH ALUMNI PUTRA

MALAM PUISI ALUMNI 2025 SEMARAKKAN SENI, BUDAYA DAN KASIH ALUMNI PUTRA

OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias


Menara Putra Warisan Budi, 8 Ogos 2025 - Malam Puisi Alumni 2025 melabuhkan tirai dengan penuh warna, rasa dan kenangan apabila bait-bait puisi, alunan muzik serta persembahan seni menjadi saksi kasih alumni dan warga Putra terhadap seni, budaya dan universiti tercinta.






Majlis turut diserikan dengan kehadiran tokoh tersohor, Dato’ Dr. Zurinah Hassan (Alumni UPM Kelas 2001), Sasterawan Negara, serta Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, di samping barisan alumni berpengalaman yang tampil mempersembahkan karya masing-masing. Antaranya ialah Encik Mohd Nazri Noh (1996), Dr. Che Ibrahim Salleh (1985 & 2003), Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram (1998), Dr. Sharil Nizam Sha’ri (2007 & 2010), Haji Jefri Haji Mohamed Zain (1995 & 1998), Dr. Sopian Brahim (1997), Encik Mohd Azim Khairul Amir (2020), dan Encik Suhairey Shah Mashara (2024).



Bakat muda turut menyerikan malam tersebut melalui persembahan oleh ASPUTRA UPM – Nur Rusydah Wajihah Rahim, Muhammad Irsyad Ikhwan Mohamed Nasir, dan Baiq Afiqah Ayu Anjani Diraman – serta penampilan istimewa Salsabila Azzahra dari Universitas Negeri Malang.

Persembahan santai penuh makna turut dipersembahkan oleh Kumpulan Buskers Alam Maya, yang dianggotai oleh Encik Samsul Bahari (Alumni UPM Kelas 2000 & 2003, Kolej Pendeta Za’ba) dan Encik Mohd Sukri (Alumni UPM Kelas 2000 & 2004, Kolej Sepuluh).


Acara ini dikendalikan oleh pengacara Encik Izzuddin Rosli (Alumni UPM Kelas 2021) dan Cik Nurul Hanis Mohamad Zaini (pelajar OUM) dengan sokongan teknikal serta siaran langsung daripada Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM.

Penganjuran yang diusahakan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM ini membuktikan komitmen berterusan dalam mengangkat seni dan budaya sebagai jambatan nostalgia antara alumni dan universiti.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan penghargaan kepada semua pemuisi, pemuzik, penyanyi, alumni, pelajar dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan malam penuh makna ini, sambil memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang acara.

Acara ini sekali lagi menegaskan semangat “Alumni UPM Berilmu Berbakti” yang terus subur dalam jiwa warga Putra di seluruh dunia.

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 22/08/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (11:32:12am-11:37:12am, 27 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]