MAJLIS TEMU MESRA PENERIMA YANG BERGRADUASI BERSAMA PENAJA BIASISWA ALUMNI UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS TEMU MESRA PENERIMA YANG BERGRADUASI BERSAMA PENAJA BIASISWA ALUMNI UPM

MAJLIS TEMU MESRA PENERIMA YANG BERGRADUASI BERSAMA PENAJA BIASISWA ALUMNI UPM

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

BINTULU - Pada 4 November lalu, Majlis Temu Mesra penerima yang bergraduasi bersama penaja biasiswa alumni UPM@Bintulu 2023 diadakan bagi meraikan penerima yang bergraduasi bersama para penaja biasiswa alumni.

Majlis ini diadakan pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 yang berlangsung di UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Muhazam Mansor (Alumni UPM Kelas 2006), Pendaftar UPM merangkap Wakil Penaja Biasiswa QKB-MPP 04, Tuan Haji Mat Razi Abdullah (Alumni UPM Kelas 1992) Timbalan Pendaftar Pusat Asasi UPM merangkap Wakil Penaja Chapter Cyperus 92, Encik Muhammad Adil Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-undang UPM, Encik Fahmi Azar Mistar (Alumni UPM Kelas 1998 & 2010), Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM dan Encik Muhammad Abdul Rahim Habib (Alumni UPM Kelas 2022) Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pengurusan Pelajar UPM Kampus Bintulu. 

 

Antara penerima biasiswa yang bergraduat terdiri daripada;

1) Nurul A’fifah Nabila binti Ahmad, Penerima Biasiswa Soh Kim Mee

2) Mirna binti Makiri, Penerima Biasiswa Chapter Cyperus 92’ (2.0)

3) Nurul Sajeedah Abd Rahman, Penerima Biasiswa Chapter Cyperus 92’ (2.0)

4) Muhammad Mu’izuddin Sakka, Penerima Biasiswa Chapter Cyperus 92’ (2.0)

5) Muhammad Khairin Danish bin Mohd Khairani, Penerima Biasiswa TMJ

ARCUPM menganjurkan majlis tersebut untuk mengukuhkan lagi hubungan dan juga mengadakan sesi perkongsian penaja bersama graduan. Turut hadir bersama Dr Abdul Hadi Samsi (Alumni UPM Kelas 2020), Felo Pengajar UPM Kampus Bintulu.

ARCUPM mengucapkan tahniah kepada pelajar penerima biasiswa dari alumni UPM dan selamat maju jaya menghadapi cabaran akan datang. Sebagai alumni UPM baharu, ARCUPM mengalu-alukan untuk kembali ke alma mater dan kembali menyumbang dan ARCUPM juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan UPM yang telah berjaya menamatkan program pengajian masing-masing. 

 

.

Tarikh Input: 08/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcGAI~