Majlis Temu Mesra Kangen Alumni UPM Indonesia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Temu Mesra Kangen Alumni UPM Indonesia

Majlis Temu Mesra Kangen Alumni UPM Indonesia

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

BOGOR - Telah berlangsung Majlis Temu Kangen Alumni UPM Indonesia pada 17 September 2022 yang lalu. Hampir 20 Alumni UPM telah berkumpul bagi aktiviti temu mesra dalam bersama-sama memantapkan jaringan di kalangan alumni di luar negara.

Turut berlangsung adalah pemilihan Presiden Ikatan Chapter Alumni UPM Indonesia yang baharu. Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan tahniah kepada YTH Prof. Dr. Imas Sukaesih Sitanggang, Alumni Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Kelas 2013). Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Pensyarah di Institut Pertanian Bogor (IPB).
 
Hadir bersama YTH Prof. Dr. Muhammad Firdaus, mantan Presiden Ikatan Alumni UPM. Semoha ukhuwah yang terjalin erat ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam usaha bersama menyumbang bakti kepada alma mater dan juga merapatkan jaringan dan perhubungan sesama alumni. 
 
 
Pusat Perhubungan Alumni juga mengambil inisiatif dengan mewujudkan Chapter Alumni Antarabangsa bagi terus merapatkan hubungan antara alumni dan alma mater. Pelbagai program bakal dijalankan untuk terus mengeratkan perhubungan dan juga saling menyumbangkan idea kepakaran untuk pelajar-pelajar. 

 

 

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbDAz~