MAJLIS TAHLIL DAN SOLAT HAJAT | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS TAHLIL DAN SOLAT HAJAT

MAJLIS TAHLIL DAN SOLAT HAJAT

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 23 Jun - Majlis Perwakilan Pelajar 2021/2022 dengan kerjsasama Pusat Perhubungan Alumni, Pusat Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Kolej 13, telah menganjurkan satu majlis bacaan yasin, tahlil dan solat hajat sempena peperiksaan akhir Semester 2, Sesi 2021/2022. 

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato' Dr. Roslan Sulaiman dan barisan pengetua kolej, pelajar dan pegawai universiti. 

Berkata pada majlis itu, YH. Prof. Dato' Roslan mengharapkan pelajar dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan mengadakan perbincangan melalui pelbagai media dan saluran yang ada, terutamanya secara dalam talian. 

 

Dalam mengadakan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir, pelajar diingatkan agar menjaga kesihatan diri dan mengelakkan diri mengunjungi tempat-tempat yang sesak untuk mengelakkan diri daripada terjangkit dengan virus. Ini memandangkan keadaan sekarang dan Malaysia masih berada dalam situasi belum menang dalam menangani wabak Covid-19. 

"Saya mendoakan agar pelajar semua dilapangkan hati dan diberi ketenangan untuk menghadapi peperiksaan dan seterusnya menjawab soalan dengan tenang," ujarnya. 

Pada majlis itu juga diadakan bacaan yasin dan tahlil buat Allahyarham Tun Arshad Ayub, alumni UPM kelas 1954 (Kolej Pertanian ) yang juga merupakan Tokoh Pendidikan Negara yang meninggal dunia pada 14 Jun lepas. 

Sementara itu, Yang Dipertua Pelajar (YDP) MPP, Mohammad Haziq Zikri Zainuri, mengharapkan amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Naib Canselor itu menjadi penguat semangat dan azimat untuk beliau dan rakan-rakan dalam menghadapi peperiksaan akhir yang akan bermula pada 12 hingga 25 Julai 2022. 

 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYAAW~