MAJLIS SERAH TAPAK KERJA-KERJA PEMBINAAN MENARA JAM WARISAN BUDI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS SERAH TAPAK KERJA-KERJA PEMBINAAN MENARA JAM WARISAN BUDI

MAJLIS SERAH TAPAK KERJA-KERJA PEMBINAAN MENARA JAM WARISAN BUDI

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 23 Ogos - Majlis serah tapak kerjaa-kerja pembinaan Menara Jam Warisan Budi, ini diadakan di Umai Cafe, Kolej Tan Sri Aishah Ghani bermula jam 12.30 tengahari. Majlis ini diadakan bagi merakam “moment” bersejarah ini dimana projek pembinaan Menara Jam Warisan Budi Putra yang telah lama dinantikan menjadi kenyataan.

Pada 24 Mei lalu, tender bagi projek Menara Jam Warisan Budi Putra telah dibuka sehingga 22 Jun 2023. Berikutan perkara tersebut, Syarikat Fitrah Bitrade Sdn Bhd telah dipilih untuk menjadi syarikat tender yang akan bertanggungjawab keatas kerja-kerja pembinaan projek ini. Majlis Serah Tapak ini menjadi titik tanda dan bukti bahawa kerja-kerja pembinaan menara jam ini bakal bermula setelah tertangguh selama 16 tahun. Simbolik penyerahan tapak ini disempurnakan dengan penyerahan sebuah topi keledar keselamatan pembinaan yang menjadi simbol daripada Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman kepada En. Jamaluddin Jaafar, Pengarah Urusan Syarikat Fitrah Bitrade Sdn Bhd.

Menara Jam Warisan Budi Putra ini dibina untuk menghargai sumbangan komuniti kampus, alumni dan warga UPM kepada universiti. Ia juga bakal menjadi simbolik yang mencerminkan amalan kepentingan menghargai masa. Dengan terbinanya menara jam ini, ia diharapkan dapat menjadi mercu tanda UPM sebagai sebuah menara ilmu yang menjadi kebanggaan kepada warganya.

Pihak ARCUPM ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada alumni serta warga UPM yang banyak menyumbang wang, masa dan tenaga untuk menjadikan pembinaan menara jam sebuah mimpi menjadi kenyataan.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcLAy~