OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur

Serdang, 18 Januari - Astana Putra, UPM telah menjadi saksi sebuah majlis bersejarah iaitu, Majlis Reunion Pesara & Alumni FPP, UPM sempena Sambutan Jubli Emas ulang tahun ke-50 FPP, UPM. Majlis yang diacarakan oleh Dr Mohd Fadzil Che Din itu telah dihadiri beberapa orang alumni FPP, UPM yang bergelaran. Antaranya ialah Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Tan Sri Datuk Mazlan Md Lazim, Tan Sri Dr Alimuddin, Tan Sri Dr Nordin Kardi, YB Datuk Muslimin Yahaya, Mantan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Razif Ahmad dan Datuk Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Negara.

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad turut hadir memberi sokongan dan ucapan penting bagi memperkukuh hubungan antara alumni dengan alma mater.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian deklamasi sajak oleh Prof. Madya Dr Norazlina Mohd Kiram, Tayangan video Jubli Emas FPP UPM, dan sesi memotong kek Jubli Emas FPP oleh Prof. Emeritus Dr Kamariah Abu Bakar, Dekan Ke-6 FPP.
Majlis diteruskan dengan Sesi Serah Baton oleh Prof. Emeritus Dr Abd Rahman Md Aroff, Dekan Ke-5 FPP kepada Prof. Emeritus Dr Kamariah Abu Bakar, Dekan Ke-6 FPP dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor