MAJLIS REUNION PESARA & ALUMNI FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS REUNION PESARA & ALUMNI FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM

MAJLIS REUNION PESARA & ALUMNI FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM

OLEH: ZULHAKIMI SEMAN 

DISUNTING OLEH: DR MOKRISH DAN AZMAN KAMARUDIN 

(18 Januari 2025)

Serdang - Astana Putra, UPM telah menjadi saksi sebuah majlis bersejarah iaitu, Majlis Reunion Pesara & Alumni FPP, UPM sempena Sambutan Jubli Emas ulang tahun ke-50 FPP, UPM. Majlis yang diacarakan oleh Dr Mohd Fadzil Che Din itu telah dihadiri beberapa orang alumni FPP, UPM yang bergelaran. Antaranya ialah Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Tan Sri Datuk Mazlan Md Lazim, Tan Sri Dr Alimuddin, Tan Sri Dr Nordin Kardi, YB Datuk Muslimin Yahaya, Mantan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Razif Ahmad dan Datuk Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Negara.

 

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad turut hadir memberi sokongan dan ucapan penting bagi memperkukuh hubungan antara alumni dengan alma mater.

 

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian deklamasi sajak oleh Prof. Madya Dr Norazlina Mohd Kiram, tayangan video Jubli Emas FPP UPM, dan sesi memotong kek Jubli Emas FPP oleh Prof. Emeritus Dr Kamariah Abu Bakar, Dekan Ke-6 FPP.

 

Majlis diteruskan dengan Sesi Serah Baton oleh Prof. Emeritus Dr Abd Rahman Md Aroff, Dekan Ke-5 FPP kepada Prof. Emeritus Dr Kamariah Abu Bakar, Dekan Ke-6 FPP dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

 

Mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad (Alumni Kelas 2012) berkata bahawa beliau amat menghargai Ijazah Kedoktoran yang diperoleh di UPM kerana berkat ijazah tersebut beliau dilantik jawatan-jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan awam untuk menyumbang kepada kecermelangan negara.

 

Sementara itu, mantan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman (Alumni Kelas1998) berkata bahawa program sebegini sememangnya bagus kerana alumni dapat menjalin semula hubungan dengan pensyarah-pensyarah yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Tarikh Input: 28/01/2025 | Kemaskini: 28/01/2025 | azman87

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/12:19:41:40~noCache