OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur

Serdang, 25 Januari - Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Reunion MEKAR Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang melibatkan alumni PALAPES dari intake pertama hingga terkini. Majlis yang penuh makna ini telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat yang terkenal, antaranya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Kol. (Kehormat) Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, Tan Sri Datuk Seri (Dr) Hj Mazlan bin Lazim, Puan Sri Hajah Anizah binti Musa, Let. Jen. Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri, dan Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Setia Dato' Dr Aini Ideris.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatukan kembali alumni PALAPES UPM, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara mereka dengan alma mater. Melalui majlis reunion ini, para alumni diberikan ruang untuk berkongsi kenangan dan pengalaman mereka sepanjang menjalani latihan di PALAPES, serta mengenang sumbangan besar mereka terhadap pembangunan negara. Selain itu, majlis ini juga menjadi pengiktirafan terhadap kecemerlangan PALAPES dalam melahirkan pemimpin yang berwawasan dan berintegriti.

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor