MAJLIS RAMAH MESRA PMB TD & ALUMNI BERSAMA PEGAWAI KADET PALAPES UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS RAMAH MESRA PMB TD & ALUMNI BERSAMA PEGAWAI KADET PALAPES UPM

MAJLIS RAMAH MESRA PMB TD & ALUMNI BERSAMA PEGAWAI KADET PALAPES UPM

Serdang, 23 November - Dewan Kenyalang, PALAPES UPM menjadi saksi kepada sebuah majlis bersejarah yang mengumpulkan para pegawai kadet, alumni, serta pihak PMB TD dalam Majlis Ramah Mesra PMB TD dan Alumni Bersama Pegawai Kadet PALAPES UPM.

Kehadiran Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi Bin Sabri, Brigadier Jeneral Dato' Haji Suhaimi Bin Mat Isa, serta alumni terkemuka seperti Dato Pauzan Bin Ahmar, ACP Muhammad Fadhil Bin/Haji Zahari, Dato' Nazri Bin Hj Zakaria, dan Haji Jalaluddin Bin Haji Mohd Arif memberikan penghormatan yang tinggi kepada majlis ini.

Salah satu sorotan utama majlis ini adalah penubuhan Hall of Fame PALAPES UPM, yang memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan besar kepada institusi dan negara. Acara simbolik yang penuh bersejarah ini menyaksikan penggantungan gambar "Members of the Black Panther Hall of Fame" sebagai penghormatan kepada alumni yang telah berjaya menempatkan diri dalam Hall of Fame.

Majlis ini disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato Seri Haji Muhammad Huzaimi Bin Sabri, Alumni Intake-10. Kata-kata beliau memberi suntikan motivasi kepada semua yang hadir untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan majlis ini.

Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 30/12/2024 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (01:59:24pm-02:04:24pm, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]