MAJLIS PENYERAHAN SISTEM MAKLUMAT ALUMNI (AIS) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS PENYERAHAN SISTEM MAKLUMAT ALUMNI (AIS)

MAJLIS PENYERAHAN SISTEM MAKLUMAT ALUMNI (AIS)

Oleh: Suhadatul Fatonah Jusip

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 6 Disember 2023 – Majlis Penyerahan Sistem Maklumat Alumni (AIS) telah diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Majlis ringkas ini diadakan untuk merakam momen di mana AIS yang sebelum ini dikendalikan oleh Formis Network Services Sdn Bhd, diserahkan kepada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (IDEC).

Sistem Maklumat Alumni (AIS) adalah sebuah laman portal alumni yang dibangunkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM bagi mengumpul dan mengemaskini data alumni secara lebih efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti atau program anjuran UPM kepada alumni.

Simbolik penyerahan AIS telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Farabi Zawali, Pengurus Projek dari Formis Network Services Sdn Bhd; dan Encik Syemsul Bahrim Abdul, Timbalan Pengarah Perkhidmatan ICT IDEC. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati daripada Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM kepada rakan-rakan strategik ARCUPM yang telah menjayakan projek Sistem AIS ini.

Turut hadir adalah Encik Ts. Ahri Sogok, Ketua Bahagian Operasi Aplikasi Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM; Encik Ts. Rostam Abu Bakar, Timbalan Ketua Bahagian Pangkalan Data dan Data Raya Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM; Encik Yusri Hashim, Timbalan Bendahari Kanan Pejabat Bursar UPM; dan pegawai-pegawai ARCUPM.

ARCUPM berharap dibawah kendalian IDEC, Sistem AIS akan bertambah baik serta lebih efisien dalam menguruskan data alumni.

Tarikh Input: 18/12/2023 | Kemaskini: 27/02/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcSAp~