Serdang, 30 April 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan penuh rasa hormat telah menghadiri Majlis Penyerahan Naskhah Al-Quran Terjemahan Lengkap yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) bagi sesi 2024/2025.Majlis yang penuh barakah ini bukan sekadar menyaksikan penyerahan naskhah Al-Quran semata-mata, malah turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara mahasiswa, pihak pentadbiran kolej, dan alumni UPM. Ia merupakan usaha murni dalam memupuk nilai-nilai kerohanian dan semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus.

Pihak Pusat Perhubungan Alumni UPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Ade Azhar atas sumbangan ikhlas dalam menjayakan majlis ini. Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan dan memberi manfaat kepada semua penerima. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengetua KOSASS, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, PK Mohamad Mujib bin Mohd Zaki, Pengarah Majlis.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga KOSASS atas penganjuran program yang memberi impak positif dalam pembangunan sahsiah mahasiswa berlandaskan nilai-nilai Islam. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada kolej-kolej lain di UPM.
Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor