Pusat Perhubungan Alumni UPM dengan penuh rasa penghargaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Alumni UPM Kelas 1974 atas sumbangan yang sangat bermakna berjumlah RM56,200.00 kepada Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS). Penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung pada hari Selasa, 17 Jun 2025, dan menjadi lambang semangat kesetiaan serta kepedulian mendalam alumni terhadap alma mater tercinta.

Sumbangan ini dijangka memberikan impak yang besar dalam menyokong pembangunan akademik dan kebajikan pelajar, serta memperkukuh dana endowmen universiti untuk kelangsungan masa hadapan. Ia juga selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf global yang terus didukung padu oleh alumninya. Komitmen yang ditunjukkan oleh Alumni Kelas 1974 mencerminkan penghayatan berterusan terhadap nilai “Berilmu Berbakti” yang menjadi tonggak kepada semangat dan budaya UPM sejak dahulu.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Alumni Kelas 1974 atas inisiatif mulia dan inspirasi ini. Semoga langkah ini menjadi pencetus semangat kepada lebih ramai alumni untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan dan kelestarian universiti.
Tarikh Input: 19/06/2025 | Kemaskini: 21/08/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor