Majlis Penyerahan Baja Sumbangan BAJANAS Kepada Kolej Kediaman Bagi Projek Kerjasama Aimac: Projek Megachili 2021 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Penyerahan Baja Sumbangan BAJANAS Kepada Kolej Kediaman Bagi Projek Kerjasama Aimac: Projek Megachili 2021

Majlis Penyerahan Baja Sumbangan BAJANAS Kepada Kolej Kediaman Bagi Projek Kerjasama Aimac: Projek Megachili 2021

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Terjemahan BI : Siti Nur'Ain Feisal 

 

 

SERDANG, 5 FEB - Pusat Perhubungan Alumni UPM telah mengadakan majlis penyerahan baja daripada Syarikat BAJANAS. Majlis yang berlangsung di Alumni Townhall itu sungguh bermakna sekali apabila sekali lagi Alumni UPM telah kembali ke alma mater untuk menyumbang bakti kepada para pelajar dalan projek perintis Projek Megachilli 2021. 

Encik Muhamad Nazrul Nazaruddin yang merupakan pengasas BAJANAS adalah Alumni UPM kelas 2003. Wakil daripada BAJANAS sungguh berbesar hati kerana dengan sumbangan baja ini, sekurang-kurangnya dapat sama-sama berbakti kepada Universiti yang selama ini banyak menabur bakti kepada pengasasnya satu waktu dahulu. 

Pada majlis penyerahan itu wakil daripada Kolej Canselor, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Kolej Penderta Za’ba, Kolej Tiga Belas dan Kolej Tujuh Belas telah hadir untuk menerima baja masing-masing daripada wakil BAJANAS. 

Bagi pihak Pusat Perhubungan Alumni UPM, inilah yang diharapkan apabila alumni kembali menyumbang tidak kira dalam apa juga sumbangan. Sumbangan ini tidak terhad kepada wang ringgit sahaja, malahan apa yang dilakukan oleh BAJANAS ini adalah satu perkara yang sangat dialu-alukan. 

“Pusat Perhubungan Alumni hari ini sangat berbesar hati menerima kehadiran pihak BAJANAS untuk sama-sama membantu pelajar dalam Projek Megachilli ini. Kepulangan alumni untuk sama-sama membantu dalam mencapai visi dan misi yang tercatat dalam Pelan Strategik UPM 2021 -2025 iaitu “Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan’ serta “ Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang” adalah sangat dituntut. 

“Kami di Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak BAJANAS dengan sumbangan baja pada hari ini.” Ujar Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. 

Turut memeriahkan majlis penyerahan pada hari ini adalah barisan pelajar insan dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP). Kehadiran pelajar Insan adalah untuk mendapatkan informasi berkaitan cara dan teknik penggunaan baja secara kompos. 

Sesi amali turut dilaksanakan dengan pihak BAJANAS memperkenalkan teknik dan cara menggunakan baja kompos kepada para pelajar yang hadir. Diharapkan ilmu pada hari ini digunakan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 29/03/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbCAQ~