MAJLIS PENUTUPAN HARI ARKIB ANTARABANGSA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2025 | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » MAJLIS PENUTUPAN HARI ARKIB ANTARABANGSA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2025

MAJLIS PENUTUPAN HARI ARKIB ANTARABANGSA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2025

Serdang, 11 Julai 2025, Majlis Penutupan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh bermakna pada 11 Julai 2025 bertempat di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Idris bin Abdol, Mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (2000–2003), yang turut menyampaikan ucaptama kepada para hadirin.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Mahbob bin Yusof, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad, serta wakil dari Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, Encik Muizzudin. Majlis penutupan ini turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada warga pusat tanggungjawab (PTJ) yang telah menyumbang bahan arkib sempena Kempen Derma Bahan Arkib. Antara penerima sijil penghargaan termasuk Puan Syarifah Hasanah binti Syed Kamaruddin dari Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Encik Fadhlil Zakuan Haji Ahmad Fadzil dari Pusat Islam, wakil dari Pusat Pertanian Putra, Puan Syafurah Mohd Khalil dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), dan Encik Fahmi Azar Mistar dari Pusat Perhubungan Alumni.




Tahniah turut diucapkan kepada Goh Yoong Qing dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar atas kejayaan beliau sebagai juara dalam pertandingan UPM History Quiz.


Antara sorotan menarik sepanjang majlis adalah gimik pelancaran rasmi Portal Arkib, Putra Archives dan Memori Serdang, serta lawatan ke Pameran 94 Tahun UPM yang bertemakan "Menghargai Sejarah, Merencana Masa Depan".Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua individu dan jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini yang jelas menzahirkan komitmen UPM dalam usaha melestarikan khazanah sejarah dan memupuk budaya menghargai warisan institusi.

Tarikh Input: 11/07/2025 | Kemaskini: 11/07/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (04:30:16am-04:35:16am, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]