MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH RAKAN STRATEGIK ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH RAKAN STRATEGIK ALUMNI

MAJLIS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH RAKAN STRATEGIK ALUMNI

Oleh: Suhadatul Fatonah Jusip@Jusop

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG,  23 Ogos – Sempena persaraan Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, staf ARCUPM telah mengadakan satu majlis perpisahan beliau di ARCUPM. 

 

Majlis ini bertujuan untuk menjemput kenalan Dr. Arba’ie untuk berjumpa buat kali terakhir sebelum beliau bersara. Turut hadir memeriahkan majlis adalah seluruh warga ARCUPM. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dr. Arba’ie dan diikuti dengan ucapan daripada kenalan-kenalan beliau yang hadir.  

 

Dr. Arba’ie merupakan pengarah ARCUPM yang kelima dari Januari 2021 hingga Ogos 2023. Beliau juga merupakan Alumni Kelas 1997, 1999 dan 2004 dan telah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) sebelum dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM (BHEPUPM). Sungguh besar jasa dan khidmat yang telah diberikan oleh beliau sepanjang tempoh masa beliau di UPM, baik kepada ARCUPM mahupun kepada universiti.

 

Pihak ARCUPM ingin mengucapkan salam perpisahan dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Juga ribuan terima kasih diucapkan kepada warga ARCUPM yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis ini.

 

Turut disediakan adalah jamuan makan untuk para hadirin. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar pukul 5 petang. Turut hadir memeriahkan majlis Presiden Persatuan Alumni UPM Dato’ Raihan Sharif dan mantan Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, Y.A.M Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed putra Jamalullail.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcGAm~