MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH (TESIS) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH (TESIS)

MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH (TESIS)

Oleh: Shahirah Alia Azahar

 

SERDANG - Puan Aida Fitri, Pegawai Tadbir Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mewakili Timbalan Pengarah ARCUPM telah melancarkan Kutipan Sumbangan Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS).


Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berjaya mewujudkan lebih 20 biasiswa Alumni semenjak tahun 2016. Sebanyak 24 biasiswa alumni masih lagi aktif menyumbang biasiswa kepada lebih 60 orang pelajar UPM. Pewujudan aktiviti biasiswa alumni merupakan antara salah satu cerminan keprihatinan alumni kepada pelajar UPM yang memerlukan dana bagi meneruskan pengajian di UPM.


ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kepada barisan Alumni UPM Kelas 1975 atas inisiatif untuk mengumpulkan dana sumbangan TESIS Jubli Emas Alumni KPM 75 ini 2 Tahun awal dan ini belum dilaksanakan oleh alumni yang merayakannya sebelum ini.


ARCUPM yakin dan percaya dengan semangat “Berilmu Berbakti” dan “Kami Bangga menjadi Alumni UPM’ yang telah dipahatkan ke dalam sanubari warga UPM, Insya-Allah para alumni UPM akan terus memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk demi kecemerlangan UPM Hasrat ini disejajarkan dengan aspirasi “Daripada Alumni kepada UPM” yang menjadi obor penyuntik kepada Alumni kembali berbakti kepada alma mater.
Semoga segala usaha yang kita lakukan, Allah rahmati dan berkati sebagai amal kebaikan yang memberikan manfaat kepada semua.

Tarikh Input: 22/12/2023 | Kemaskini: 22/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcHAb~