Majlis Pelancaran Batik Canting Dua Generasi | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Pelancaran Batik Canting Dua Generasi

Majlis Pelancaran Batik Canting Dua Generasi

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 9 Julai - Majlis Pelancaran Lukisan Batik Canting 2 Generasi telah diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM. Majlis anjuran oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Pusat Perhubungan Alumni dan juga Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM. 

Hasil lukisan ini akan dipamerkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad bermula 9 Julai hingga 9 Ogos iaitu selama sebulan. Lukisan-lukisan ini adalah hasil karya daripada staf UPM sendiri iaitu Encik Isnain Ali, Ketua bahagian, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar,  Puan Galinda Kamaruzaman, Ketua Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Kolej Pendeta Za'ba UPM dan Encik Muhammad Alif Akram Mohd Isnain, Pereka, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM. 

Pameran ini dinamakan sebagai Lukisan Batik Canting 2 Generasi kerana ianya hasil gabungan daripada ayah, ibu dan anak. Objektif utama pameran ini adalah usaha murni yang ditunjukkan oleh karyawan ini untuk mengumpul dana bagi pendanaan biasiswa kepada pelajar UPM yang memerlukan.

Hasil daripada jualan lukisan yang dipamerkan ini akan dikumpulkan dan dijadikan biasiswa kepada pelajar yang dikenalpasti terutamanya daripada golongan tidak berkemampuan, asnaf, B40 dan juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Menurut Encik Isnain Ali, ini adalah kali kedua beliau melakukan pameran lukisan ini sepanjang berkhidmat di UPM dan beliau bakal menamatkan khidmat (bersara) tidak lama lagi dan ini adalah salah satu sumbang bakti beliau sebelum meninggalan UPM kerana bersara. 

"Hasil pembelian lukisan ini kami akan serahkan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang bertanggungjawab menguruskannya untuk pembiayaan biasiswa pelajar. Saya rasa ini adalah sumbangan saya kepada UPM yang banyak berbakti kepada saya dan keluarga sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini. sekurang-kurang ini juga menjadi saham akhirat untuk kami semua," ulas beliau ketika majlis pelancaran tersebut. 

Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas penganjuran pameran ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar yang memerlukan pembiayaan pengajian mereka. 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUKAI~