MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47 SIDANG 1 UPMKB | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47 SIDANG 1 UPMKB

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47 SIDANG 1 UPMKB

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

BINTULU, 4 NOVEMBER - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) meraikan graduan dalam Majlis Konvokesyen UPM Sidang 1. Seramai 487 graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 bertempat di Dewan Sri Kenyalang UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Turut diadakan Pesta Ekspo Pertanian Konvokesyen@UPMKB kali ke-47 di UPMKB bertempat di Tapak Ekspo, Dewan Sri Kenyalang UPMKB bagi memeriahkan lagi suasana Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1. Antara yang menarik pada Malam Tunas Seni dan Budaya 2023 itu adalah Persembahan Kebudayaan dan Kesenian, Bergendang dengan penampilan khas Kumpulan Gendang Cenderawasih Miri dan persembahan artis jemputan iaitu Bob Yusof. Pesta Ekspo bermula pada 2 November 2023 hingga 5 November 2023, pelbagai aktiviti yang menarik di anjurkan seperti Flying Fox, Kayak, Memanah dan juga ada Booth Jualan yang memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47 Sidang 1 di UPMKB.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang juga Tuanku Canselor UPM berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada 9 graduan, Ijazah Sarjana seramai 12 graduan, Sarjana Muda 84 graduan dan Diploma seramai 382 graduan dalam pelbagai program pengajian.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan sekalung tahniah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat pengajian masing-masing. ARCUPM berharap graduan menjadi alumni yang sentiasa berhubung rapat dengan alma mater dan kembali menyumbang pada masa akan datang. Sumbangan boleh diberikan dalam pelbagai aspek seperti kewangan, kepakaran, ilmu pengetahuan dan juga pengalaman dari alumni.

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcUA1~