Majlis Kemuncak Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia 2021 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Kemuncak Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia 2021

Majlis Kemuncak Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia 2021

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG - Majlis Kemuncak Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia 2021 merupakan kerjasama 20 universiti awam Malaysia yang diadakan pada 9 Disember 2021, di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Kali ini Universiti Putra Malaysia (UPM) dipertanggungjawabkan selaku Jawatankuasa Penganjur majlis telah bersama-sama dengan rakan universiti awam yang lain komited mengadakan majlis ini untuk sama-sama mendukung hasrat dan aspirasi Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia untuk sama-sama melestarikan peranan alumni sesebuah universiti. 

Penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MAUAM) ini merupakan inisiatif beberapa pentadbir pusat alumni IPTA. Usaha ini diggemblengkan demi membawa satu revolusi untuk terus memangkin kesejahteraan warga universiti dengan lebih baik. Juga membuktikan bahawa setiap mahasiswa yang telah bergraduat mempunyai hubungan yang tidak terputus bersama universiti. Kepulangan mereka ke pusat pengajian untuk kembali berbakti sangat dialu-alukan. 

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memperkasa serta melestarikan lagi peranan alumni untuk membantu pusat pengajian dalam memacukan kejayaan bersama.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini, Ybhg. Encik Ahmad Rizal Adnan, Pengarah Bahagian Governan IPTA, Ybhg. Prof. Dr. Ariffin Abdu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ybhg. Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah, Dr. Mohammad Fuad Debit, Ketua Sekretariat, Majlis Alumni UA Malaysia (UMS), Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Ketua Teras Pemerkasaan Alumni (UPM), Ybhg. Dr. Khairuddin Osman, Ketua Terus Pemerkasaan Alumni (UPM), Ybhg. En. Asri Hj. Husain, Ketua Teras Kerjaya (USIM) dan Ybhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

Berkata pada majlis itu selaku tuan rumah, Ybhg. Prof. Dr. Ariffin Abdu, menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh IPTA yang terlibat dalam pembentukan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia yang pastinya akan menjadi platform terbaik membawa dan membincangkan isu-isu berkaitan alumni IPTA. 

“Secara dasarnya alumni adalah mereka yang berperanan penting dalam sama-sama mendukung aspirasi sebuah universiti. Alumni juga berperanan sebagai pemegang taruh yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada universiti. Alumni hari ini ramai yang terlibat dalam pelbagai segmen industri sama ada dalam dan juga luar negara. Tidak kurang juga yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat multi nasional dan pemain utama indsutri global. Justeru jaringan atau ‘networking’ yang sangat luas dan besar ini hendaklah diwujudkan bagi membolehkan para alumni dapat membantu meningkatkan daya saing universiti dalam pelbagai lapangan secara berkesan. 

Dalam konteks ini, mewujudkan rasa pemilikan ataupun ‘sense of belonging’ yang tinggi terhadap alma mater sangatlah penting. Jika kita melihat alumni-alumni universiti tersohor seperti Harvard, Yale dan lain-lain universiti terkemuka dunia, alumni mereka tidak terus meninggalkan alma mater, sebaliknya setelah berjaya, mereka kembali kepada alma mater,” ujar beliau. 

Dengan adanya Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia ini, agenda pemerkasaan alma mater akan terus dapat dimantapkan lagi dengan ke semua alumni dapat menyumbang bakti untuk kecemerlangan anak bangsa. 

Tarikh Input: 17/01/2022 | Kemaskini: 26/01/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUUAe~