Serdang, 30 April 2025, Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Alumni Kelas ‘75, khususnya kepada YBhg. Dr. Ibrahim Mohamed atas jemputan istimewa ke Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri 1446H yang diadakan bersama alumni-alumni Kelas ‘75 yang lain.

Majlis yang penuh dengan semangat silaturrahim ini bukan sahaja menghidupkan nostalgia zaman kampus, malah menjadi simbol ikatan kukuh antara alumni dengan universiti tercinta. Kesudian Alumni Kelas ‘75 menjemput pihak Pusat Perhubungan Alumni amat kami hargai.

Semoga hubungan yang terbina ini terus diperkukuh dan menjadi inspirasi kepada generasi alumni yang lebih muda dalam memartabatkan semangat kebersamaan dan khidmat bakti kepada alma mater. Terima kasih sekali lagi kepada semua Alumni Kelas ‘75 atas sambutan mesra dan kenangan manis yang dikongsi bersama.
Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor