OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur

L'apprenti Restaurant, 22 Mac - Telah berlangsung dengan jayanya, Sejam Bersama Alumni (SEBA) 2.0 2025 & Majlis Iftar Alumni UPM di Restoran L’Apprenti & Deli, UPM. Program ini dihadiri oleh alumni dari pelbagai latar belakang dan kepakaran yang berkumpul untuk bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan silaturahim dengan alma mater.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti oleh ucapan daripada Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan), YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hanani binti Zainal Abedin serta Presiden Persatuan Alumni UPM, YBhg. Dato' Raihan Sharif, yang menekankan kepentingan peranan alumni dalam menyumbang kepada pembangunan universiti dan masyarakat.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Tuan Mohd Safzan Mohd Mukhtar (Alumni kelas 2004), Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, yang menyampaikan syarahan bertajuk "Dari Dewan Kuliah UPM ke JAKIM: Perjalanan, Ilmu dan Tanggungjawab Halal". Perkongsian ini memberikan pandangan mendalam mengenai industri halal serta pengalaman beliau dalam bidang tersebut.
Sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad kepada penceramah SEBA.

Majlis diteruskan dengan laungan azan Maghrib, menandakan waktu berbuka puasa. Para hadirin menikmati juadah iftar dalam suasana penuh kemesraan dan keakraban, memperkukuhkan lagi hubungan antara alumni dan universiti.
Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Mohd Safzan Mohd Mukhtar atas perkongsian yang sangat bermakna, serta terima kasih kepada semua alumni yang hadir dan menyokong program ini. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin terus erat dan bermanfaat untuk semua.
Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor