MAJLIS HI TEA @ ATMOSPHERE 360 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS HI TEA @ ATMOSPHERE 360

MAJLIS HI TEA @ ATMOSPHERE 360

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 7 September – Tanggal 23 Ogos 2023 yang lalu, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah meraikan persaraan seorang pengarah yang sangat dikasihi dan seorang yang sangat berdedikasi iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

Bagi meraikan persaraan beliau, satu majlis Hi-Tea Bersama Ybhg. Pengarah telah  diadakan di Restoran Atmospehere 360, Menara Kuala Lumpur. Majlis ringkas namun penuh bermakna ini dihadiri semua staff ARCUPM bagi Bersama-sama merakamkan momen indah bersama Prof. Madya Dr. Arba’ie.

Setiap pesanan dan tunjuk ajar yang diberikan selama tiga tahun menerajui ARCUPM sentiasa segar diingati kerana beliau bukan sahaja berkongsi mengenai situasi kerja di pejabat Sahaja, tetapi juga bagaimana untuk memaknakan kehidupan seharian.

Setiap pesanan dan nasihat beliau bukan Sahaja daripada seorang ketua kepada staff malahan seolah-olah nasihat daripada seorang bapa kepada anak-anak.

Dikesempatan ini, pihak ARCUPM ingin mengucapkan salam perpisahan dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Meski pun dalam gaya yang bersahaja, tetapi mesejnya tetap sampai dan cukup mendalam nasihat yang disampaikan itu.

Rata-rata staff yang hadir melahirkan rasa sedih namun akur kerana setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan selamat bersara kepada Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud dan selamat berehat.

Sekali lagi seluruh pengurusan dan staff ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud atas setiap khidmat bakti yang diberikan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah ARCUPM.

 

 

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 15/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEdAAp~