Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
SERDANG, 28 Mei - Majlis Gemilang Putra (MGP) 2024 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM.
MGP merupakan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik serta bukan akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang cemerlang dalam perkhidmatan termasuk bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah serta perunding cemerlang untuk universiti dan negara.
Pada kali ini juga, dua orang staf dari Pusat Perhubungan Alumni telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan juga Anugerah Setia Putra. Penganugerahan ini adalah dinilai atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tahun yang dinilai.
Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat memberi semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang dan juga menyuntik semangat yang sama kepada pekerja lain untuk fokus dan berusaha dalam pekerjaan masing-masing.
Setiap tugasan, amanah dan tanggungjawab yang diberikan menunjukkan satu kepercayaan telah diberikan oleh pihak Universiti kepada kakitangannya dalam usaha bersama-sama mendokong amanah negara, bangsa dan agama.
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim dan juga Encik Zhahir Hussain Hamid, Pemandu Kenderaan atas penganugerahan pada MGP kali ini.
Tarikh Input: 20/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor