Serdang, 23 Mei 2025, Majlis Forum Career Ready for Interview telah berjaya dianjurkan di Kolej Canselor, memberi pendedahan bermanfaat kepada para pelajar mengenai persiapan menghadapi dunia temuduga dan alam kerjaya. Forum ini bukan sahaja memberikan maklumat praktikal dan berguna, malah turut menyuntik keyakinan dalam diri pelajar agar lebih bersedia menempuh cabaran kerjaya selepas tamat pengajian.

Perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat berharga telah disampaikan oleh dua alumni jemputan iaitu Dr. Mu’adz Ahmad Mazian, Pensyarah Kanan di UiTM Kuala Pilah, serta Encik Muhammad Najib Masdan, Pengurus Kanan di Khazanah Nasional Berhad. Forum ini telah dikendalikan dengan penuh berkesan oleh moderator Saudara Lukesh A/L Mogana Raja, yang berjaya menghidupkan sesi diskusi dengan penuh interaktif dan berinformasi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua Kolej Canselor, Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff, serta Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad.Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para alumni yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam usaha menyumbang kembali kepada pembangunan sahsiah serta kerjaya pelajar-pelajar UPM. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan dalam program-program akan datang.
Tarikh Input: 29/05/2025 | Kemaskini: 29/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor