Majlis Berbuka Puasa Pusat Perhubungan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Berbuka Puasa Pusat Perhubungan Alumni

Majlis Berbuka Puasa Pusat Perhubungan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Ringkas tetapi penuh bermakna. Itu ungkapan yang boleh dizahirkan pada Majlis Berbuka Puasa Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial ARCUPM yang diketuai oleh Puan Sarah Rahim.

Majlis yang menghimpunkan ke semua staf ARCUPM dan bertambah meriah dan berseri lagi apabila ahli keluarga staff juga turut dijemput hadir. Turut hadir menyerikan majlis ialah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ybhg Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan keluarga, Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Hik Hafzaini Nik Hassan dan keluarga serta seluruh staff.

Majlis yang dimulai dengan sesi takzirah dan seterusnya solat magrib dan berbuka puasa dan diakhiri dengan tarawih dan juga moreh. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan pada setiap tahun dan dua tahun kebelakangan ini tidak dapat dilakukan disebabkan oleh pandemic Covid-19. Namun pada tahun 2022, tradisi ini dapat dilakukan Kembali dan ia cukup bermakna untuk semua.

Pada majlis itu, Prof. Madya Dr. Arba’ie sempat menitipkan pesanan buat seluruh staff agar terus menjalankan amanah yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Apa yang dihasratkan agar setiap apa yang dilakukan perlu diseiringkan dengan keikhlasn kerana berada di ARCUPM adalah mandatnya untuk membantu alumni, alma mater dan juga pelajar.

“Biar keikhalasan kita menjalankan tugas di sini menjadi asbab untuk kita meraih keredaan Allah SWT dan seterusnya dicatatkan sebagai satu amalan yang membantu kita di akhirat kelak. Jadikan juga Ramadan kali ini, Ramadan yang terbaik kerana setiap amal ibadat yang kita lakukan ini akan dicatatkan oleh Allah SWT sebagai timbangan untuk kita di akhirat kelak,” ujar beliau.

ARCUPM mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM, Alumni, dan juga para pelajar.

 

Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 13/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaRAs~