Majlis Bacaan Yasin Dan Penghargaan Staf ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Bacaan Yasin dan Penghargaan Staf ARCUPM

Majlis Bacaan Yasin dan Penghargaan Staf ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) pada bulan Mac sekali lagi berjaya mengadakan majlis bacaan Yasin bulanan. Majlis yang dihadiri oleh ke semua staf ARCUPM turut dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud dan Timbalan Pengarah, Encik Fahmi Azar Mistar. 

Bersekali pada majlis itu adalah Majlis Penghargaan kepada staf ARCUPM yang akan berpindah Pusat Tanggungjawab. Antara staf yang diraikan Encik Syafiq Hariz Mohd Hanafiah yang berpindah ke Fakulti Sains UPM, Encik Ahmad Shukri  dan Encik Zulkifli yang berpindah ke SISFEC, Encik Ag Famezan Ag Mohd Noh dan CIk Siti Hajar yang berpindah ke Hospital Pengajar UPM manakala Encik Abdul Waffy Ubaidillah telah menamatkan perkhidmatan di ARCUPM. 

Pihak ARCUPM mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada semua staf dan selamat maju jaya.  

 

 

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdPA5~