MAJLIS APRESIASI PRESIDEN PAUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS APRESIASI PRESIDEN PAUPM

MAJLIS APRESIASI PRESIDEN PAUPM

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 

Suntingan: Ahmad Amirul Alias

 

Serdang, 22 September – Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Presiden PAUPM sebagai tanda penghormatan kepada YBhg. Dato’ Raihan Sharif, yang menamatkan kepimpinan beliau setelah menerajui persatuan selama tiga penggal berturut-turut sejak tahun 2019.

Di bawah kepimpinan beliau, PAUPM berjaya merangka dan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang bukan sahaja mengukuhkan ikatan alumni dengan alma mater, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Visi serta komitmen beliau dalam memperkasakan peranan alumni telah menjadi contoh teladan kepada seluruh warga persatuan.

Majlis apresiasi ini turut dihadiri oleh En. Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM; Dr. Muhammad Mu’az Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM; serta barisan Exco PAUPM yang bersama-sama meraikan jasa dan dedikasi beliau. Kehadiran para tetamu telah menyerikan lagi majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan.

Acara yang diadakan di Bangunan Persatuan Alumni UPM ini menjadi kesempatan untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan YBhg. Dato’ Raihan Sharif, sekali gus mengiktiraf peranan penting beliau dalam memperkukuh hubungan alumni dengan universiti.

Tarikh Input: 22/10/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (08:31:01pm-08:36:01pm, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]