SERDANG, 13 Februari 2026 – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Perpisahan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, komitmen dan dedikasi warga kerjanya sepanjang tempoh perkhidmatan dan latihan industri bersama organisasi tersebut.

Majlis berkenaan diraikan khusus buat Cik Nur Ainna Nabilah Amran dan Puan Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi yang berkhidmat sebagai pegawai, serta Cik Nur Fazrini Alia Abd Majid yang menjalani latihan industri di ARCUPM.
Sepanjang tempoh bersama ARCUPM, ketiga-tiga individu ini telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, semangat kerja berpasukan serta kesungguhan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Sumbangan idea, tenaga dan masa yang dicurahkan bukan sahaja membantu melancarkan pengurusan harian organisasi, malah turut memberi impak positif terhadap pelaksanaan pelbagai program alumni universiti.
Majlis tersebut turut menjadi platform untuk merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja ARCUPM atas kerjasama padu dan komitmen berterusan dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan jayanya.
Pihak pengurusan berharap segala pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang berkhidmat di ARCUPM akan menjadi bekalan berharga dalam meneruskan perjalanan kerjaya masing-masing. Perpisahan ini disifatkan bukan sebagai pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada fasa baharu yang lebih gemilang, dengan silaturahim yang terus terjalin erat.
Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor