Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri

Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

 

Serdang, 5 Januari - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan bacaan surah yasin bersempena Tahun Baharu dan majlis apresiasi bagi meraikan pelajar latihan industri yang menamatkan latihan industri selama 4 bulan di ARCUPM.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah yasin bersempena permulaan minggu dan tahun baharu.

Usai bacaan yasin dan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada staf ARCUPM dan saudara Faris Izzat. Turut disediakan jamuan ringan dan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada ARCUPM.

Saudara Faris Izzat merupakan pelajar tahun akhir Kolej Poly-Tech MARA, Bangi. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar latihan industri ARCUPM iaitu saudara Faris Izzat diatas komitmen dan kerjasama sepanjang menjalani latihan industri bersama ARCUPM.

Tahniah kerana telah menamatkan pengajian dan warga ARCUPM mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan yang akan datang. Semoga segala pengalaman yang diperoleh di ARCUPM dimanfaatkan sepenuhnya.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcFAi~