MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS APRESIASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 15 SeptemberMajlis Apresiasi ini adalah bagi mengucapkan tahniah kepada Saudara Fizi Azeem kerana berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya.

Majlis yang di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) turut dihadiri oleh pengurusan ARCUPM, iaitu Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan juga para pegawai serta staf ARCUPM. Majlis ini sudah menjadi kebiasaan di ARCUPM sebagai tanda meraikan para pelajar latihan industri yang telah berjaya menamatkan latihan mereka sebagai tanda sokongan dan terima kasih atas sumbang bakti yang diberikan sepanjang menjalankan latihan industri. 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan daripada staf ARCUPM dan Saudara Fizi sendiri. Turut disediakan jamuan ringan dan cenderahati sebagai kenang-kenangan dan tanda perpisahan daripada ARCUPM.

Saudara Fizi merupakan pelajar tahun akhir Sastera Bahasa Melayu dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah menjalani latihan industri di ARCUPM selama enam bulan. Sepanjang tempoh itu, Saudara Fizi telah memberikan komitmen yang baik kepada ARCUPM baik dari segi kreativiti, masa dan juga tenaga. 

Sebagai seorang yang bakal bergelar alumni UPM, warga ARCUPM mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk Saudara Fizi serta berharap beliau boleh membawa nama baik UPM kemana sahaja beliau pergi.

Warga ARCUPM turut mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Saudara Fizi dalam apa sahaja langkah yang akan diambilnya selepas bergelar graduan. Slogan keramat 'berilmu berbakti' perlu disemat di dada supaya menjadi azimat untuk bergelar alumni UPM yang bersama-sama mengharumkan nama Universiti. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai pada pukul 5.00 petang.

Tarikh Input: 18/09/2023 | Kemaskini: 16/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcTAb~