MAJLIS APRESIASI “JASAMU DIKENANG” DAN BACAAN YASSIN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS APRESIASI “JASAMU DIKENANG” DAN BACAAN YASSIN

MAJLIS APRESIASI “JASAMU DIKENANG” DAN BACAAN YASSIN

Oleh : Suhadatul Fatonah Jusip@Jusop

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 23 Ogos – Majlis apresiasi dan bacaan yassin telah diadakan di Bilik Menara Warisan Budi untuk menghargai Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud atas jasa dan khidmat  bakti beliau sepanjang tempoh hampir tiga tahun berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat yang diketuai oleh Encik Muhammad Faris Izzat dan diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Dr. Arba’ie. Semua staf Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang berkumpul untuk menjayakan majlis ini turut memberi ucapan penghargaan kepada beliau. Bersekali dengan majlis ini juga turut meraikan ulang tahun Dr. Arba’ie yang ke-60 tahun serta para staf ARCUPM yang menyambut kelahiran pada sukuan ketiga tahun 2023.

 

Dr. Arba’ie merupakan pengarah ARCUPM yang kelima dan telah berkhidmat dari Januari 2021 sehingga Ogos 2023. Sifat peramah dan prihatin beliau membuatkan beliau amat disenangi oleh warga ARCUPM dan kehilangan beliau (persaraan) amat dirasai dan kenangan bersama beliau dalam menganjurkan aktiviti dan program di ARCUPM amat dirasai. 

 

Dikesempatan ini, pihak ARCUPM ingin mengucapkan salam perpisahan dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di ARCUPM. 

 

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan hadiah perpisahan kepada Dr. Arba’ie daripada warga ARCUPM dan semoga Dr. Arba’ie terus diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dan terus berbahagia bersama keluarga tercinta.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbXAa~