MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS PENOLONG PENDAFTAR ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS PENOLONG PENDAFTAR ARCUPM

MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS PENOLONG PENDAFTAR ARCUPM

Oleh : Fizi Azeem (Pelatih Industri FBMK, UPM)

Suntingan : Suziana Che Wil

 

 

SERDANG, 16 Mei 2023 – Majlis Apresiasi dan Serah Tugas Penolong Pendaftar Pusat Perhubungan Alumni UPM telah diadakankan di Bilik Menara Warisan Budi , Pusat Pehubungan Alumni UPM. Dahulunya jawatan ini disandang oleh Puan Nik Hafzaini Nik Hassan yang berakhir pada pertengahan April 2023, berikutan Nik Hafzaini telah dipindahkan ke Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik selaku ketua Seksyen Kemasukan Antarabangsa. Tempat beliau kini disandang oleh Puan Aida Fitri Peli selaku Penolong Pendaftar.

Pertukaran dan perpisahan ini merupakan satu kehilangan besar buat ARCUPM kerana Nik Hafzaini sudah berkhidmat selama 14 tahun di ARCUPM dan beliau merupakan orang penting yang banyak berjasa di ARCUPM. Bagi Pengarah ARCUPM, sungguhpun sukar melepaskan pegawai yang telah banyak berjasa ini ke bahagian lain, namun demi kemajuan kerjaya pegawainya, beliau tetap memberi sokongan penuh dan sentiasa menyokong peningkatan kerjaya para pegawai bawah seliaannya.

Seluruh staff dan pengurusan ARCUPM mendoakan kejayaan yang lebih besar buat Puan Nik Hafzaini di tempat baharunya dan mengucapkan selamat bertugas kepada Puan Aida Fitri Peli.

 

Bersekali dengan majlis apresiasi ini juga diadakan sedikit jamuan ringan perpisahan dan sekaligus sambutan meraikan Syawal yang masih berbaki. ARCUPM akan terus komited dalam menjalankan tugas-tugas dan terus menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh pihak Universiti demi manfaat seluruh warga terutamannya alumni dan para pelajar UPM.

Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETMAm~