Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 10 September - Jamuan makan tengah hari bersama Naib Canselor UPM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid (YPR) telah berlangsung di Bilik Eksekutif, Pejabat Naib Canselor UPM.
Jamuan dihadiri oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM; YBhg. Dato' Raihan Sharif, Presiden Persatuan Alumni UPM (PAUPM); YBrs. Puan Hajah Izariahwati Mohd Isa, Bursar UPM; YBrs. Dr. Ibrahim Mohamed, Setiausaha Agung PAUPM; YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj. Mazlan Lazim, Pengerusi AL-PUTRA; serta YBrs. Dr. Lim Ban Keong, Pengarah Kumpulan Pengurusan Rhone Ma Holding Berhad.
Turut hadir sama YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang juga bertindak sebagai sekretariat bagi YPR. Selaku sekretariat YPR, beliau mewakili Pusat Perhubungan Alumni selaku pemudah cara kepada kelancaran perjalanan yayasan ini.

Perjumpaan ini turut memberikan peluang kepada semua pihak untuk berbincang secara santai mengenai perkembangan terkini YPR. Di samping itu, berbincang bagi merangka strategi-strategi baharu yang mampu membawa impak positif kepada kedua-dua pihak dan juga kepada pelajar UPM.
Terdahulu, YPR ini merupakan satu yayasan yang turut membiayai bantuan kewangan kepada pelajar menerusi pemberian biasiswa dan juga turut menyumbang kepada hadiah universiti kepada pelajar cemerlang.
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor