Lawatan Penanda Aras Ke Alumni Network Centre (Anc), Universiti Teknologi Mara (UiTM) | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Ke Alumni Network Centre (Anc), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Lawatan Penanda Aras Ke Alumni Network Centre (Anc), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid 

Disunting oleh: Ahmad Amirul Alias

Shah Alam, 26 September – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Keusahawanan Digital (IDEC) UPM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Alumni Network Centre (ANC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh rangkaian kerjasama strategik antara universiti, selain mendapatkan perkongsian amalan terbaik dalam aspek pembangunan dan pengurusan alumni, khususnya yang melibatkan Sistem Alumni dan Kad Virtual Alumni.

Sesi lawatan turut disertai oleh Profesor Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohamed Sayuti, Pengarah Alumni Network Centre (ANC) UiTM bersama barisan pegawai beliau. Dalam sesi tersebut, pihak UiTM telah berkongsi pengalaman, pengetahuan dan strategi pelaksanaan sistem pengurusan alumni yang telah berjaya dilaksanakan di universiti tersebut.

Pusat Perhubungan Alumni UPM amat menghargai kesediaan pihak UiTM dalam berkongsi pandangan dan membuka ruang kerjasama bermakna antara kedua-dua institusi. Lawatan penanda aras ini sekali gus membuktikan bahawa jalinan strategik antara universiti awam mampu memberi impak positif terhadap pembangunan alumni secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi menjadikan UPM sebagai institusi unggul bertaraf antarabangsa.

Tarikh Input: 24/10/2025 | Kemaskini: 13/01/2026 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (09:38:01pm-09:43:01pm, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]