LAWATAN PENANDA ARAS EKSA SGS KE ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA SGS KE ARCUPM

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA SGS KE ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil

 

SERDANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) pada 27 Julai 2023 yang lalu.

Lawatan yang dihadiri 12 orang staf dari SGS membawa kepada satu perkongsian mengenai pengamalan EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing. SGS juga antara PTj yang mengamalkan pembudayaan EKSA yang terbaik dan merupakan antara PTj terbaik dalam Hari Kualiti dan Inovasi Pekerja pada tahun lepas.

Lawatan dari SGS disambut oleh staf ARCUPM yang diketuai oleh Pengarah ARCUPM Ybrs. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, para pegawai dan staf ARCUPM.

Menurut Prof. Madya Dr. Arba’ie setiap pelawat yang hadir diterima dengan hati yang terbuka dan pastinya setiap ilmu akan dikongsi bersama untuk sama-sama membudayakan amalan EKSA yang sememangnya baik bukan sahaja untuk keselesaan persekitaran kerja, tetapi juga untuk mewujudkan budaya kerja yang lebih baik dan berkompetensi tinggi.

Setiap staf di ARCUPM diwajibkan untuk memahami apa itu amalan EKSA terutamanya kepada staf baharu. Amalan ini perlu diamalkan oleh setiap staf untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih dinamik dan komprehensif.

Para delegasi dari SGS turut dibawa melawat sekitar pejabat ARCUPM dan sesi bertukar pandangan dan pendapat serentak diadakan. Ini adalah antara objektif dalam mengadakan lawatan EKSA iaitu sentiasa terbuka untuk menerima idea dan pandangan secara santai.

Pihak ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kunjung hormat dari pihak SGS dalam bersama-sama memantapkan pengamalan EKSA di Ptj masing-masing.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbWAk~