LAWATAN PENANDA ARAS EKSA PKPP KE ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA PKPP KE ARCUPM

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA PKPP KE ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) pada 24 Julai 2023 yang lalu.

Lawatan yang dihadiri yang turut dihadiri oleh Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Omrah Hassan@Hussin dan juga Timbalan Pengarah PKPP, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed membawa kepada satu perkongsian mengenai pengamalan EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing. PKPP juga antara PTj yang mengamalkan pembudayaan EKSA yang terbaik dan sentiasa konsisten dalam pengamalan budaya EKSA dalam usaha memantapkan pencapaian dan kualiti kerja yang sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Lawatan dari PKPP disambut oleh staf ARCUPM yang diketuai oleh Pengarah ARCUPM Ybrs. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, para pegawai dan staf ARCUPM.

Menurut Prof. Madya Dr. Arba’ie setiap pelawat yang hadir diterima dengan hati yang terbuka dan pastinya setiap ilmu akan dikongsi bersama untuk sama-sama membudayakan amalan EKSA yang sememangnya baik bukan sahaja untuk keselesaan persekitaran kerja, tetapi juga untuk mewujudkan budaya kerja yang lebih baik dan berkompetensi tinggi.

Setiap staf di ARCUPM diwajibkan untuk memahami apa itu amalan EKSA terutamanya kepada staf baharu. Amalan ini perlu diamalkan oleh setiap staf untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih dinamik dan komprehensif.

Para delegasi dari PKPP turut dibawa melawat sekitar pejabat ARCUPM dan sesi bertukar pandangan dan pendapat diadakan serentak. Ini adalah antara objektif dalam mengadakan lawatan EKSA iaitu sentiasa terbuka untuk menerima idea dan pandangan secara santai.

Pihak ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kunjung hormat dari pihak PKPP dalam bersama-sama memantapkan pengamalan budaya EKSA di PTj masing-masing.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcEAG~