LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ARCUPM KE DBKL | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ARCUPM KE DBKL

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ARCUPM KE DBKL

Oleh: Shahirah Alia Azahar

 

SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Perancangan Korporat (DBKL) kerana telah menyantuni delegasi kami dalam sesi Lawatan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada hari ini.

DBKL telah memenangi dan mendapat penarafan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Perkara ini menjadi antara sebab DBKL menjadi pilihan untuk ARCUPM mengadakan Lawatan EKSA bagi bertukar idea, ilmu dan pengalaman dalam sama-sama membudayakan amalan EKSA.
 
Pegawai dan staf ARCUPM berasa kagum akan prestasi EKSA yang diamalkan oleh pihak DBKL. Lawatan ini banyak memberi input dan idea untuk menambahbaik EKSA di ARCUPM. Kami berbesar hati untuk menjadikan amalan EKSA DBKL sebagai contoh untuk pembudayaan EKSA di UPM.

Tarikh Input: 22/12/2023 | Kemaskini: 22/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcHA0~