Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin
Disunting oleh: Suziana binti Che Wil
SERDANG, 12 Jun – Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Lawatan Penandaaras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Jaminan Kualiti UPM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh amalan pengurusan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berkualiti.
Lawatan ini menjadi platform yang signifikan untuk perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan EKSA. Selain itu, sesi lawatan turut membuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif berkaitan strategi dan pendekatan yang dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi serta memperkasakan budaya kerja berprestasi tinggi.

Inisiatif seperti ini selaras dengan komitmen UPM dalam menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efisien, tersusun dan berteraskan budaya kualiti serta inovasi. Program penandaarasan ini juga memberi peluang kepada warga kerja untuk menimba idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam memperkukuh pelaksanaan EKSA di PTJ masing-masing.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rozi Tamin, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan merangkap Pengerusi EKSA, Pusat Jaminan Kualiti, serta Puan Zenaida Md. Zenon, Ketua Seksyen Audit Kualiti merangkap Penyelaras EKSA, dan seluruh warga Pusat Jaminan Kualiti UPM atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik sepanjang sesi lawatan berlangsung.
Tarikh Input: 15/06/2026 | Kemaskini: 15/06/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor