Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 20 Ogos - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari ini dalam rangka lawatan penanda aras. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, khususnya dalam aspek pengurusan pentadbiran pusat tanggungjawab.
Rombongan daripada UNIMAS yang terdiri daripada 13 orang pegawai dan staf dari pelbagai unit hadir untuk melihat dan mempelajari amalan terbaik yang diterapkan di ARCUPM. Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi, serta membuka peluang untuk kerjasama lebih erat pada masa hadapan.
Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, bersama staf ARCUPM, menyambut mesra ketibaan delegasi UNIMAS. Mereka berharap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti universiti masing-masing.
Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor