Lawatan Penanda Aras Dari Bahagian Kaunseling Universiti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Dari Bahagian Kaunseling Universiti

Lawatan Penanda Aras Dari Bahagian Kaunseling Universiti

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 29 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA dari Bahagian Kaunseling UPM(BKU) dalam usaha memantapkan pengamalan EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. 

Lawatan yang bermula jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari itu banyak memberi input dan penambahbaikan kepada pengamalan EKSA di ARCUPM sendiri. Sesi lawatan bermula dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud. 

Selaku tuan rumah, kehadiran pelawat dari PTJ lain amat dialu-alukan untuk sama-sama berkongsi idea dalam melakukan penambahbaikan kepada pengamalan EKSA untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih tersusun dan teratur. 

Pengamalan EKSA di UPM adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali ke-694 pada 29 Januari 2020 telah meluluskan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S UPM kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula tahun 2021 untuk pelaksanaan semua PTJ di UPM. Pemakluman berhubung perkara ini telah dibuat kepada semua PTJ melalui surat bertarikh 13 Februari 2020. 

Dengan membawa moto 'Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti' ke semua PTJ di UPM disarankan agar menghidupkan budaya EKSA di PTJ masing-masing. Untuk ke arah itu satu penilaian EKSA akan dilaksanakan dalam memastikan setiap menghidupkan budaya EKSA untuk ke arah kerja berpasukan yang lebih baik dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni. 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETNAo~