Lawatan Penanda Aras Dan Pendidikan Ke National University Of Singapore (NUS) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Lawatan Penanda Aras dan Pendidikan ke National University of Singapore (NUS)

Lawatan Penanda Aras dan Pendidikan ke National University of Singapore (NUS)

12 Jan 2020, Singapura - Pusat Alumni UPM bersama - sama dengan beberapa pejabat Alumni Universiti Awam telah ke National University of Singapore (NUS) untuk lawatan penanda aras dan pendidikan. Antara pejabat Alumni Universiti Awam yang mengikuti lawatan kerja ini adalah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Sebuah perkongsian yang sangat memberi manfaat dan impak kepada Pusat Alumni UPM dalam memperkasakan aktiviti alumni dan mewujudkan hubungan yang baik bersama alumni. Lawatan ini juga memberikan impak positif kepada Pusat Alumni UPM untuk terus melakukan penambahbaikan dan pembaharuan dalam memastikan pelaksanaan program yang dijalankan memberikan manfaat bukan sahaja kepada alumni malah pelajar UPM.

   

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana menjadi tuan rumah dan menjemput kami untuk turut serta dalam menimba ilmu bersama universiti yang terkenal dan berwibawa seperti NUS. Susulan pelaksanaan program ini, turut diadakan Sesi Perkongsian dan Percambahan pejabat UTMAlumni bersama pejabat Alumni Universiti Awam seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain yang berkaitan. Ia bertujuan berkongsi amalan terbaik pentadbiran alumni di universiti masing-masing dalam usaha Universiti Awam memperkasakan jalinan alumni-alma mater sepanjang hayat.

 

 

 

Tarikh Input: 15/01/2020 | Kemaskini: 17/01/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUFAE~