OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur

Serdang, 19 Mac - Pusat Perhubungan Alumni UPM telah menerima kunjungan daripada delegasi UTMAlumni dalam sesi Lawatan Penanda Aras Pengurusan Alumni dan EKSA. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua universiti serta bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam pengurusan alumni dan persekitaran kerja berkualiti (EKSA).
Delegasi UTMAlumni diketuai oleh Prof. Madya TS. DR. Mohd Hisyam Bin Rasidi, Pengarah UTMAlumni, bersama barisan pegawai dan staf, termasuk Amirul Shahrin Bin Amir (Pegawai Tadbir), Mohd Fauzi Bin Abdul Rais (Pegawai Tadbir dan juga Alumni UPM) serta beberapa staf yang lain turut hadir.

Sepanjang sesi lawatan ini, pelbagai perbincangan telah diadakan mengenai strategi memperkasakan hubungan alumni, inisiatif penjanaan dana, serta pengurusan maklumat alumni. Selain itu, perkongsian berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) turut menjadi fokus utama, dalam usaha memastikan persekitaran kerja yang lebih sistematik, efisien, dan lestari.
Pusat Perhubungan Alumni UPM amat menghargai kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama antara UPM dan UTM akan terus berkembang, khususnya dalam memperkasa peranan alumni sebagai aset penting universiti.
Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor