LAWATAN EKSA DARI PSPK | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN EKSA DARI PSPK

LAWATAN EKSA DARI PSPK

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah menerima lawatan dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM pada 10 Ogos 2023 dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lawatan ini adalah sebahagian daripada pembudayaan EKSA dan diadakan untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai suasana kerja sesama Pusat Tanggungjawab (PTj).

Lawatan ini dimulakan di Bilik Menara Warisan Budi dan bergerak ke sekitar ruang tempat kerja staf ARCUPM di mana pegawai yang terlibat menerangkan idea kreativiti masing-masing bagi sudut di bawah tanggungjawab mereka kepada wakil PSPK.

 

 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan imej korporat, mewujudkan persekitaran yang kondusif disamping meningkatkan motivasi dan disiplin serta memupuk semangat berpasukan.

ARCUPM antara PTj yang sentiasa komited dengan pengamalan EKSA dan pada penjurian hari Kualiti dan Inovasi Pekerja untuk tahun 2022, ARCUPM antara PTj yang menonjol dalam pengamakan EKSA. 

ARCUPM serta seluruh warga UPM komited dalam menjayakan program ini seiring dengan visi EKSA iaitu peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif. 

Fasa untuk memantapkan lagi pengamalan EKSA, ARCUPM melakukan lawatan ke luar dan dalam usaha untuk melakukan lawatan ke luar UPM untuk sama-sama melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan daripada yang sedia ada. 

Satu tips dalam menjayakan pengamalan EKSA ini adalah kerjasama semua pihak tertutamanya staff amat penting kerana EKSA ini merupakan satu tugas berpasukan. semua staff perlu memainkan peranan masing-masing untuk bersama-sama menjayakan pembudayaan amalan EKSA dan seterusnya dapat melahirkan satu suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif. 

 

 

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 15/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcXAI~