LAWATAN ARCUPM KE FARM FRESH UPM PERKUKUH JALINAN STRATEGIK INDUSTRI–ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » LAWATAN ARCUPM KE FARM FRESH UPM PERKUKUH JALINAN STRATEGIK INDUSTRI–ALUMNI

LAWATAN ARCUPM KE FARM FRESH UPM PERKUKUH JALINAN STRATEGIK INDUSTRI–ALUMNI

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid 

Disunting Oleh:  Suziana Che Wil 

Serdang, 17 Disember – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Farm Fresh UPM sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara universiti, alumni dan rakan industri, khususnya dalam menyokong kecemerlangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dalam lawatan tersebut, pihak ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Azmi Zainal, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Milk Sdn. Bhd., atas sumbangan serta sokongan berterusan Farm Fresh Sdn. Bhd. terhadap pembangunan akademik dan kecemerlangan pelajar UPM.

Encik Azmi Zainal turut menekankan bahawa alumni UPM wajar mencontohi dan memahami usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Farm Fresh dalam memajukan industri tenusu negara. Beliau menyifatkan kejayaan Farm Fresh sebagai hasil inovasi, komitmen dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan industri, yang mampu menjadi inspirasi kepada graduan serta alumni UPM.

Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan ke arah peluasan kerjasama strategik melibatkan aspek latihan industri, pemindahan ilmu, penyelidikan gunaan serta peluang kebolehpasaran graduan, sejajar dengan keperluan industri semasa.

Kesimpulannya, kolaborasi strategik antara UPM dan Farm Fresh Sdn. Bhd. melalui penglibatan aktif alumni diyakini mampu terus memperkukuh ekosistem pendidikan negara serta melahirkan graduan yang berdaya saing, berinovasi dan berimpak tinggi. Usaha berterusan ini diharap dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada universiti, industri dan masyarakat secara keseluruhan.

Tarikh Input: 19/12/2025 | Kemaskini: 14/01/2026 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (02:20:31pm-02:25:31pm, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]