Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Suntingan: Ahmad Amirul Alias

Serdang, 8 September – Pusat Perhubungan Alumni (PPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Latihan Sistem Maklumat Alumni (AIS) & Pengurusan Pengesanan serta Jalinan Alumni dengan tujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf dalam mengaplikasikan AIS sebagai medium utama pengurusan data alumni secara sistematik.
Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh dua pegawai berpengalaman, iaitu Puan Nor Hayati binti Mohamad Darus (Pegawai Tadbir, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri) dan Puan Aida Fitri binti Peli (Pegawai Tadbir, Fakulti Kejuruteraan).
Melalui latihan ini, staf PPA didedahkan dengan pendekatan terbaik dalam aspek pengesanan, pemetaan, serta pengekalan hubungan alumni. Ia secara langsung dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara alumni dan universiti, selaras dengan usaha menjadikan alumni sebagai rakan strategik universiti dalam pelbagai bidang.

Selain itu, latihan ini diharap dapat mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat, memperluas capaian rangkaian alumni, serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem alumni yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing pada masa hadapan.
Tarikh Input: 17/10/2025 | Kemaskini: 17/10/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor