Kursus Induksi Pegawai Eksekutif UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Kursus Induksi Pegawai Eksekutif UPM

Kursus Induksi Pegawai Eksekutif UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 10 Ogos  - Kursus induksi untuk Pegawai Eksekutif UPM  telah diadakan selama dua hari berturut-turut di Dewan Putra Cocu, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM itu bertujuan dalam melahirkan para Pegawai Eksekutif yang berwibawa dan mempunyai skil kemahiran yang tinggi. 

Kursus ini menyediakan sesi bersama para pegawai tinggi UPM yang bersama-sama berkongsi ilmu dalam bidang kepakaran masing-masing. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta kursus yang memberikan komitmen penuh selama dua hari kursus berlangsung. 

Ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada penaja Kewangan Wazan UPM dan tajaan tempat oleh PKPP.
Semoga kursus ini memberikan manfaat dalam menyokong fungsi dan perkhidmatan entiti dan Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 03/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYEAE~